Webinar Nadi X Cybersecurity – Ancaman Siber Di Tempat Awam (Live Demo – “ Card Clonning & Tracker Gadget” Slot 2)

25 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Cyberecurity - Ancaman Siber Di Tempat Awam, Live Demo – “ Card Clonning & Tracker Gadget” Slot 2. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Webinar slot kedua kali ini akan memperlihatkan lebih mendalam lagi ancaman siber yang mungkin berlaku di sekitar kita, terutamanya di tempat awam. Penekanan utama adalah pada teknik Card Cloning dan penggunaan Tracker Gadget oleh penjenayah siber untuk mencuri data peribadi dan maklumat kewangan tanpa disedari. Penekanan utama adalah pada teknik Card Cloning dan penggunaan Tracker Gadget oleh penjenayah siber untuk mencuri data peribadi dan maklumat kewangan tanpa disedari. Webinar ini memberi kesedaran kepada peserta tentang pelbagai ancaman siber yang berlaku di tempat awam, khususnya berkaitan pencurian maklumat peribadi dan kewangan. Mendedahkan teknik sebenar (live demo) tentang bagaimana aktiviti seperti card cloning dan penggunaan tracker gadget dilakukan oleh penjenayah siber. Meningkatkan kefahaman tentang langkah-langkah pencegahan dan keselamatan digital yang perlu diamalkan oleh individu di tempat awam seperti kafe, lapangan terbang atau pusat beli-belah. Menyokong inisiatif kerajaan dan NADI dalam memperkukuh kesedaran keselamatan siber di kalangan masyarakat. Kebaikkan webinar ini ialah peserta dapat mengetahui cara sebenar penjenayah siber beroperasi, sekali gus lebih peka terhadap risiko keselamatan. Memberi pengetahuan praktikal dan mudah difahami untuk melindungi akaun bank, kad kredit, serta peranti digital daripada digodam.

Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta meningkatkan tahap kesedaran digital masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan internet. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali