Nadi X Cybersecurity - Memahami Risiko Siber Dalam Permainan Online Anak

21 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Keselamatan Siber Untuk Wanita . Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.30 petang hingga 5.00 petang.

Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Tujuan webinar ini diadakan adalah menerangkan mengenai maksud permainan digital kanak-kanak iaitu aktiviti yang sangat trend terutama dalam kalangan kanak-kanak kemungkinan akan menghadapi risiko ancaman siber. Risiko seperti penggodam webcam/ camera, child predator & grooming, cyber bully, transaksi wang dan pendedahan lokasi. Selain itu, parental control yang disediakan oleh google untuk memantau aktiviti anak-anak kerana ia akan memblock sebarang aplikasi ataupun game yang berunsurkan jenayah dan lucah.

Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta mengembangkan lagi pengetahuan dalam bidang Cybersecurity. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali