Webinar Laluan Pembelajaran Untuk Kerjaya Dalam Cybersecurity

15 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2025, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program webinar laluan pembelajaran untuk kerjaya dalam cybersecurity. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.30 petang hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pembelajaran untuk kerjaya dalam bidang Cybersecurity. Antara isi kandungan program ini adalah kenalpasti peluang kerjaya dalam bidang Cybersecurity, langkah-langkah dan sumber pembelajaran yang perlu dikuasai.

Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta mengembangkan lagi pengetahuan dalam bidang Cybersecurity. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali