Kelas Kemahiran Masakan Bersama KEMAS (Kek Coklat Moist)
10 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 9 Disember 2024, telah berlangsung Advokasi & Soft Skills @ Kelas Kemahiran Masakan Bersama KEMAS (Kek Coklat Moist). Program ini berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Batas Lintang disertai seramai 10 orang peserta dan bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak KEMAS Negeri Perlis. Kelas masakan kali ini, peserta di ajar cara membuat kek coklat moist. Dengan adanya kelas seperti ini, ia memberi idea kepada usahawan untuk mecipta produk baru yang boleh menjana pendapatan sampingan.
Program ini diadakan untuk meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran dalam bidang masakan serta dapat menyampaikan informasi tentang pendedahan internet kepada komuniti setempat. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: